
☑️ Kebiasaannya gejala batuk, sakit tekak berpunca dari jangkitan virus
☑️ Jangkitan virus TIDAK boleh di rawat dengan antibiotik
☑️ Tubuh badan anda mempunyai mekanisma untuk menentang jangkitan virus 💪🏻
💬 Saranan terbaru dari NICE guidelines mencadangkan penggunaan rawatan untuk membantu melegakan gejala:
🍯 Gunakan Madu untuk melegakan batuk dan sakit tekak
🍯 Gunakan ubat batuk yang boleh di beli dari farmasi
🍯 Minum air lebih kerap
🍯 Pastikan anda mendapat rehat yang cukup dan makanan yang berkhasiat
🏨 Sekiranya gejala batuk berpanjangan lebih dari 2 minggu, dapatkan pemeriksaan lanjut di fasiliti kesihatan.
💬 Bayi dan pesakit diabetes tidak sesuai mengambil madu sebagai rawatan 🙏🏼
💬 Pengambilan antibiotik secara berleluasa akan menyebabkan kerintangan (antibiotik tidak berfungsi apabila benar benar diperlukan)
Kongsikan pada rakan-rakan yang sukakan madu! ikuti Dr Samhan untuk tips-tips kesihatan di Telegram https://t.me/drsamhan