๐ฆ๐ป Mainan yang sesuai untuk anak bagi mencegah kebergantungan kepada gadget!
๐ฌ MANFAAT BERMAIN TANAH LIAT: โ๐ผ Perkembang motor halus โ๐ผ Menguatkan otot halus tangan dan jari โ๐ผ Menenangkan dan mengurangkan kebimbangan โ๐ผ Meningkatkan fokus โ๐ผ Meningkatkan kreativiti dan imaginasi โ๐ผ Koordinasi tangan dan mata โ๐ผ Kemahiran sosial dan komunikasi โ๐ผ Perkembangan literasi (membaca) dan mengira
๐ฌ SYARAT: ๐ค Sesuai untuk kanak-kanak berusia 2 tahun ke atas ๐ค Pastikan tanah liat dilabel “tanpa plumbum” ๐ค Awasi semasa bermain untuk mengelak tercekik
๐ฑ Berbanding bermain gadget yang hanya melibatkan sentuhan skrin, bermain tanah liat jauh lebih baik untuk kanak-kanak
๐ Ikuti Telegram Dr Samhan untuk tips-tips kesihatan di https://t.me/drsamhan saya banyak kongsikan tips menarik di sini
Ada seorang penjual ikan segar di pasar. Dia memasang papan tanda yang bertulis ‘DI SINI JUAL IKAN SEGAR’.
Tidak lama kemudian, seorang pengunjung datang untuk bertanya mengenai tulisannya. “Mengapa kau tulis perkataan DI SINI?, semua orang tahu memang kau menjual di sini, bukan di sana?”
“Betul juga!” fikir penjual ikan itu, kemudian memadamkan perkataan DI SINI dan yang tinggal hanyalah JUAL IKAN SEGAR.
Tidak lama kemudian pengunjung kedua datang yang juga bertanya tulisannya.
“Kenapa kau tulis perkataan SEGAR?, memang semua orang sudah tahu yang kau jual ikan segar, bukan ikan busuk?”
“Betul juga,” fikir penjual ikan itu, kemudian memadamkan perkataan SEGAR dan tinggallah perkataan JUAL IKAN.
Kemudian datang pula pengunjung ketiga yang juga bertanya tulisannya. “Kenapa kau tulis perkataan JUAL?, semua orang sudah tahu bahawa ikan ini dijual, bukan untuk dipamerkan?.”
“Betul juga,” fikir penjual ikan itu, kemudian memadamkan perkataan JUAL dan hanya tinggal perkataan IKAN pada papan tandanya.
Tidak lama kemudian, datang pengunjung ke 4, yang juga bertanya tulisannya. “Mengapa kau menulis perkataan IKAN?, semua orang sudah tahu bahawa ini Ikan bukan Daging?”
“Betul juga,” fikir penjual ikan itu, lalu menurunkan terus papan tandanya.
Sahabat, jika kita ingin memuaskan semua orang, maka yakinlah bahawa kita tidak mampu & tidak mungkin atau bahkan kita sebenarnya merosakkan diri kita sendiri.
Adalah fitrah manusia untuk mempunyai pendapat yang berbeza.
Sebagai contoh lihatlah kawasan taman perumahan yang terbukti dulu sama, dalam beberapa tahun telah menjadi berbeza.
Oleh itu, beri keutamaan kepada hati nurani anda. Biarkan orang lain memberi pendapat, tetapi anda fikirkanlah, cernakan pendapat mereka lagi, apakah itu sesuai dengan hati nurani anda?. Jika tidak, maka tegas untuk mengatakan “TIDAK !…MAAF ! .”
Kehidupan di dunia ini sangat realistik. Ketika kita lemah, mundur, gagal, pasti ada orang mengejek kita. Ketika kita ingin memulakan sesuatu yang baru samaada perniagaan atau ada idea baru yang ingin kita kerjakan, tentu ada orang yang tidak mahu menolong tetapi memandang rendah, menghina dan memandang sebelah mata.
Ya, jangan marah, balas dendam atau benci. Lebih baik siapkan semuanya dengan optimum dan berusaha untuk berjaya. Setelah ada bukti tentang kejayaan kita, baru orang akan percaya dan lambat laun akan memberi kita pengiktirafan.
Tetapi jangan terkejut, ketika kita berjaya ada juga orang yang menanti saat kita jatuh semula. Maka perkara utama adalah sikap kita.
Ketika kita gagal dan dipandang rendah, kita tidak marah. Saat kita berjaya, pastikan kita tidak lupa diri.
Walaupun telah berjaya tetap merendah diri dan sederhana. Dan, terus optimis mencipta kejayaan yang lebih besar.
YE, BOS. SEKARANG MASA SESUAI UNTUK BANGUNKAN SEMULA BISNES ANDA. TERUS BERJUANG UNTUK DAPATKAN JUALAN, JANA SEMULA PENDAPATAN SERTA KEUNTUNGAN YANG TERJEJAS AKIBAT PKP. PASTI ADA SINAR BARU SELEPAS COVID-19.
KHAS UNTUK BOS-BOS, TOKEY2, FOUNDER2 SYARIKAT/PRODUK & MAKCIK2 BAWANG RANGERS !!
PROMO NI KAMI BUAT SETAHUN SEKALI JER..KALAU TIAP2 BULAN PENCEN AWAL TOKEY KEDAI. . . . Bertenang boss, buat dgn kami tiada minima order, 1 box pun on..!! . .
3 SEBAB BOSS SEMUA KENA CUBA BUAT TEMPAHAN DENGAN KAMI:-
1-SEDANG #PROMOSI SEKARANG. Beli 2 BOX, FREE 1 BOX, harga cuma #RM39 sahaja !!!
2-TIADA #MINIMA ORDER. Nak buat 1 box jer..?? pun boleh, no problem.
Dikisahkan bahawa dua lelaki bekerja keras membuat sebuah kapal. Ketika mereka sibuk bekerja mereka berdua menemui anai-anai di papan.
Salah seorang dari mereka kemudian mahu membuang papan itu tetapi rakannya melarang dan berkata, “kenapa papan ini dibuang? Kan sayang..lagipun tidak ada masalah. Hanya terdapat sedikit anai-anai.”
Kerana tidak mahu mengecewakan rakannya, papan yang ada anai-anai digunakan untuk membuat kapal.
Setelah sekian lama, akhirnya kapal itu siap dan dapat digunakan untuk belayar di lautan.
Tetapi beberapa tahun kemudian, anai-anai ternyata bertelur dan menetas. Anai-anai kemudian mula merosakkan kayu kapal. Malah anai-anai semakin merebak ke semua bahagian kayu kapal.
Kapal itu terus digunakan dan tidak ada yang menyedari sehingga akhirnya, kayu kapal itu mulai rosak. Dan, apabila dilanda gelombang besar, air berjaya menembus masuk dari celah-celah lubang kayu. Ditambah dengan hujan sering turun dengan lebat, kru kapal tidak lagi dapat mengeluarkan air yang masuk ke dalam kapal sehingga kapal karam. Di dalamnya terdapat barang berharga dan nyawa manusia.
Sahabatku, Seandainya kita sedar bahawa malapetaka besar ini sebenarnya berasal dari sesuatu yang remeh dan tidak berharga seperti papan yang pernah dilanda anai-anai dan kalaulah ketika membuat kapal, papan itu telah dibuang, tentu saja bencana ini dapat dicegah.
Sebenarnya kita sering tidak menyedari bahawa tindakan kecil dan remeh dari kesalahan yang kita lakukan kadang-kadang membawa kepada malapetaka yang besar.
Ada ibu jari gemuk yang selalu berkata baik dan menyanjung.
Ada jari telunjuk yang suka menunjuk dan memerintah.
Ada jari tengah tinggi yang sombong dan suka menghasut jari telunjuk.
Ada jari manis yang selalu menjadi teladan, baik hati dan sabar sehingga diberikan cincin.
Ada jari kelingking yang lemah, tunduk dan pemaaf.
Dengan perbezaan positif dan negatif yang dimiliki setiap jari, mereka bersatu untuk mencapai tujuan mereka (menulis, memegang, menolong anggota badan yang lain, melakukan kerja, dll.).
Sahabat, pernahkah kita bayangkan jika tangan kita hanya terdiri daripada semua ibu jari?
Falsafah ini ringkas tetapi sangat bermakna. Kita diciptakan dengan semua perbezaan yang kita miliki dengan tujuan untuk bersatu, saling mengasihi, saling menolong, saling melengkapi, tidak saling menuduh, menunjuk, menghancurkan, dan bahkan membunuh.
Adakah kasih sayang anda meningkat hari ini? Semoga bermanfaat.
Terima kasih kerana membaca โฆ Salam MOTIVASI โฆ!
๐ฌ CPR (cardiopulmonary resuscitation) adalah bantuan sementara untuk mengantikan fungsi jantung dan paru-paru yang telah berhenti berfungsi
๐ง๐ป Ia boleh dilakukan sesiapa sahaja asalkan mereka telah dilatih
๐จโ๐ฉโ๐ฆโ๐ฆ Bukan semua pesakit yang pengsan perlu di beri CPR
๐ฌ Ia hanya dilakukan sekiranya: โค๏ธ Jantung dan paru-paru berhenti berfungsi โค๏ธ Pernafasan terhenti – dada tidak lagi turun naik โค๏ธ Degupan nadi tidak lagi dikesan
๐ Jika nadi masih berdenyut dan individu yang pengsan masih bernafas, jangan pula anda CPR
๐ Ia akan menggangu degupan jantung dan mencederakan organ
๐๐ผ Tepuk di tangan bukan rawatan kecemasan untuk serangan jantung