5 Tips Untuk Sentiasa Kekal Cergas

1. PEMAKANAN YANG SIHAT
Memakan buah-buahan dan sayuran secara kerap boleh membersihkan usus kita dan merendahkan risiko untuk jatuh sakit.
Serat dalam sayuran buahan akan membersihkan dinding usus dan toksin dari dalam badan.Paling penting jangan lupa sarapan setiap pagi supaya anda kekal bertenaga sepanjang hari.
2. ELAKKAN MINUMAN BERKAFEIN
Kebanyakan kita suka mengambil minuman berkafein untuk sarapan kan?Sebenarnya kafein boleh mengganggu penghadaman dan penyerapan zat penting dari makanan.Ini menyebabkan badan kita menjadi lesu dan letih.
Dalam satu kajian,minum teh dan makan secara serentak menghilangkan zat besi sebanyak 89%.Jadi korang boleh lah berhenti meminum air yang mengandungi kafein ataupun sekurang-kurangnya cuba kurangkan.
3. BERSENAM
Sekurang-kurangnya kita perlu bersenam seminggu sekali.Banyak manfaat yang anda akan dapat dengan bersenam.Antaranya ialah dapat meningkatkan kekuatan dan daya tahan,mengurangkan paras tekanan,mengawal tekanan darah dan banyak lagi
4. AMBIL MAKANAN TAMBAHAN
Bagi kita yang bekerjaya mungkin kita tidak mempunyai masa yang cukup untuk menjaga pemakanan.Apa yang anda boleh ialah ambil makanan tambahan ataupun โsupplementโ yang sesuai,ini pasti dapat meningkatkan kesihatan kita ke tahap optimum.
5. DAPATKAN TIDUR YANG CUKUP
Tidur yangย berkualiti penting untuk memastikan tubuh kita cukup rehat.Bila tubuh kita cukup rehat,kita akan segar dan bertenaga untuk melakukan aktiviti harian keesokan harinya.
Kurang tidur boleh menyebabkan anda kurang tumpuan di siang hari,obesiti,depresi dan banyak lagi masalah kesihatan.Jadi pastikan anda tidur selama 6 jam setiap hari.
Beberapa tips yang kami kongsikan ini adalah untuk mereka yang ingin menjaga kesihatan dan ingin meningkatkan kualiti hidup.Mungkin dengan usaha yang sedikit anda dapat mengubah hidup menjadi lebih sihat,produktif dan berjaya dalam kerjaya anda.
Selamat mencuba !
Catatan asal oleh ManisFm
—
“TIADA maaf bagimu.”

Ayat itu begitu ringkas dan padat. Namun, sudah cukup untuk mencengkam sanubari bagi sesiapa yang menantikan balasan kata-kata pemberian maaf selepas membuat permohonan ampun tersebut.
Andai kata, ayat tersebut yang terdetik dalam hati, pastinya golongan berkenaan terlupa bahawa tiada manusia di dunia yang tidak berbuat kesalahan. Sudah tentu ada kekhilafan di mana-mana.
Benar, bukan mudah sebenarnya untuk memaafkan seseorang. Ia tidak semudah mengungkapkannya hanya pada bibir. Namun, perlu lahir dari lubuk hati yang paling dalam.
Ketahuilah bahawa apabila memaafkan orang lain, ia bukan sahaja membuatkan hati si pesalah tadi berasa tenang, tetapi ALLAH turut akan menurunkan ketenangan itu kepada kita. Bahkan, ALLAH juga begitu memuliakan mereka yang memaafkan orang lain.
CETAK BANNER/BUNTING
Nak tempah banner/ bunting?
Kalau dah ada design, boleh email pada kami, jika belum ada, designer kami sedia berkhidmat.
Saiz banner/bunting terserah pada tuan-tuan. Nak saiz besar boleh, kecil pun boleh.
Jangka masa siap, 1-2 hari.
.
.
Kualiti BANNER/BUNTING
380gsm
720dpi
Cara nak order; klik link dibawah
http://chatwasap.com/98ea96
http://chatwasap.com/98ea96
http://chatwasap.com/98ea96
alhassanprinting
t-shirt | embroidery | baju korporat | banner/banting | merchandise | medal | trophy | bookmark | premium gift | sticker | name card | flyers | flag |
‘LIKE’ page kami:
facebook_alhassanbizprinting
instagram_alhassanprinting
Kami Kembali !

Selepas berehat panjang.
Ok, harini kami ON semula.
Yang nak risik-risik harga baju. Boleh wasap kami.
Moga-moga semua berjalan lancar.
Alhassan Printing
http://www.alhassanbiz.com
Hasad lihat orang lain dapat nikmat.

Dalam kehidupan ini, jika seseorang mendapat nikmat dan kita rasa benci atau tidak suka dengan nikmat diperolehnya, inilah yang dikatakan hasad.
Jika kita tidak benci terhadap nikmat yang diperolehnya dan kita menginginkan supaya kita juga memiliki nikmat seumpama itu, inilah yang disebut sebagai ghibtah (hasad yang dibenarkan).
Ghibtah bermaksud rasa bangga dengan orang itu dan bercita-cita untuk mendapatkan kelebihan seperti mana diperoleh oleh orang itu. Sifat ini amatlah terpuji dan dikehendaki ada dalam diri setiap individu kerana hasad ini dapat mendatangkan kebaikan.
Hasad di sini memberi maksud perlumbaan secara sihat mencari sebanyak-banyak kebaikan untuk dijadikan bekalan di akhirat kelak.
Alhassan Printing
http://www.alhassanbiz.com
SEDEKAH
Menjadi antara amalan yang paling berat dilakukan, khususnya manusia yang tidak suka berkongsi harta dengan orang lain.
Namun, orang beriman yang memahami konsep sedekah itu akan meyakini ia amalan terpuji, yang bukan hanya mampu menyucikan diri dan harta, bahkan pahalanya berkekalan hingga ke hari pembalasan.
Alhassan Printing
http://www.alhassanbiz.com
TEGAHAN MAKAN DENGAN TANGAN KIRI
Makan dengan tangan kanan adalah adab makanan yang paling zahir dalam majlis makan muslim. Ia lambang yang nyata dan adab yang tertonjol. Dalam hadis lain baginda menyebut:
โApabila seseorang kamu makan, makanlah dengan tangan kanannya. Apabila dia minum, minumlah dengan tangan kanannya. Ini kerana syaitan makan dan minum dengan tangan kiriโ (Riwayat Muslim).
Hadis ini hendaklah difahami di sudut spiritualnya. Baginda bercakap di sudut spiritual yang hanya dapat difahami oleh orang yang menghayatinya. Sikap anti-syaitan diajar oleh Islam sehingga kita disuruh berbeza dengannya dalam segala cara, termasuk cara makan.
Makan ataupun minum dengan tangan kiri adalah amalan syaitan. Islam menyatukan budaya makan dengan menjadikan tangan kanan sebagai adab makan yang jelas kelihatan bagi orang muslim.
Malangnya, masih ada yang makan ataupun minum dengan tangan kiri. Ini termasuk mereka yang menggunakan garpu (folk) untuk menyuap lauk ataupun makanan lain ke mulut.
Juga mereka yang minum tangan kiri kononnya kerana tangan kanan ada bekas makanan.
Kesemuanya ini dilarang oleh Nabi s.a.w dan ditegaskan ia menyamai cara syaitan.
kredit: DrMaza
Bersenam 150 minit seminggu, kekal sihat.

Bersenam 150 minit seminggu dengan kekerapan lima atau enam kali seminggu berupaya mengekalkan kecergasan dan meningkatkan kesihatan kardiovaskular.
Senaman berintensiti sederhana wajar dimulakan memanaskan badan menerusi sesi regangan bagi menyejukkan badan.
Aktiviti senaman ini dicadangkan dilakukan pada waktu pagi dan petang.
Selain obesiti, senaman ini mampu mengurangkan risiko penyakit tidak berjangkit, kekuatan dan fleksibiliti otot.
Boleh lakukan aktiviti fizikal seperti berjalan pantas dan menaiki tangga.
Senaman 15 minit perlu dijadikan rutin setiap hari dan akhirnya akan menjadi tabiat yang baik untuk kesihatan dan kualiti hidup.
Bagaimana pagi ini, dah buat senaman?
—–
http://www.alhassanbiz.com
Allah Pemberi Rezeki

Antara nama Allah SWT yang mesti kita beriman dengannya ialah Ar-Razzaq. Nama itu merujuk kepada Allah SWT yang banyak memberi rezeki kepada hamba-Nya.
Allah SWT menciptakan makhluk-Nya di atas muka bumi ini dan mengurniakan setiap makhluk rezeki daripada pelbagai bentuk. Allah SWT tidak sekali-kali membiarkan makhluk-Nya hidup tanpa kurniaan rezeki.
Merujuk kepada nama Ar-Razzaq, Allah SWT mengurniakan rezeki yang banyak kepada hamba-Nya sama ada manusia itu beriman ataupun sebaliknya.
Makna dan kelebihan Ar-Razzaq tidak dapat ditandingi setiap daripada makhluk-Nya. Dialah berkuasa mengurniakan rezeki kepada setiap makhluk-Nya.
Istilah rezeki perlu difahami dalam konteks yang luas. Rezeki bukan hanya merujuk kepada wang ringgit, sebaliknya rezeki mencakupi pelbagai perkara seperti makan, minum, zuriat, pekerjaan, masa lapang, keluarga, kesihatan dan kesejahteraan.
Justeru, setiap Muslim perlu menyedari hakikat rezeki yang diterima datangnya daripada Allah SWT. Tidak ada satu bentuk rezeki yang tidak termasuk dalam kurniaan Allah SWT.
Memang benar, kita berusaha untuk mendapatkan rezeki, namun usaha itu bergantung sepenuhnya kepada ketentuan Allah SWT.
Kita sendiri dapat menyedari diri tidak berkuasa untuk menentukan sesuatu rezeki itu benar-benar dimiliki melainkan ia bergantung kepada ketentuan Allah SWT.
Contohnya, di tangan kita ada nasi namun atas sebab tertentu nasi itu tidak dapat dimasukkan ke dalam mulut akibat terjatuh ke tanah. Rezeki itu sudah berada dalam tangan, namun manusia tidak mempunyai kuasa mutlak mengatakan nasi itu sememangnya rezeki miliknya.
Begitulah gambaran kecil betapa setiap rezeki tertakluk sepenuhnya atas ketentuan Allah SWT. Dialah yang berkuasa memberi dan menahan sesuatu rezeki.
Bersabarlah dalam memohon rezeki daripada-Nya yang dikenali dengan Ar-Razzaq. Allah SWT mengurniakan rezeki kepada sesiapa saja yang dikehendaki-Nya. Asalkan hamba itu berusaha mendapatkan rezeki yang dihajati.
….
http://www.alhassanbiz.com







