😩 Denggi boleh menyebabkan sakit yang tidak terhingga pada sendi, otot dan tulang
💊 Namun, elakkan pengambilan suntikan atau ubat tahan sakit NSAIDS seperti mefenamic acid, voltaren, dan ibuprofen. kerana:
♓ Tidak digalakkan dan bahaya
♓ Denggi boleh menjadi lebih teruk
♓ Boleh menyebabkan pendarahan dalaman dan luaran
♓ Boleh menyebabkan kematian
✅ Namun apa yang anda boleh lakukan:
🛌🏻 Rehat
💊 Makan paracetamol
🥛 Minum air mencukupi
✨ Dengan langkah di atas, ianya boleh mengurangkan kesakitan yang anda alami, dan dengan masa ianya akan sembuh
☝🏼 Dapatkan rawatan segera sekiranya:
💢 Muntah-muntah
💢 Sakit perut
💢 Pendarahan mukosa
💢 Tidak bermaya atau gelisah
😃 Ikuti Telegram Dr Samhan untuk tips-tips kesihatan di https://t.me/drsamhan saya banyak kongsikan tips menarik di sini






















